CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 30, 2011

checklist (google)

Checklist Permohonan Nikah (kalau tak buat ni memang tak kahwinlah jawabnya)
- kena hadiri kursus pra-perkahwinan
- kena buat ujian HIV (bergantung pada Jabatan Agama Islam Daerah tapi rasanya semua tempat dah wajibkan)
- kalau yang lelaki pastikan ada surat akuan bujang ye
- dapatkan borang permohonan nikah dari Jabatan Agama Islam Daerah yang kita jadi pemastautin dan lengkapkan borang dan sertakan dokumen sampingan yang diperlukan. bagi lelaki, kalau dah dapat kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah boleh serahkan surat kebenaran tu pada pihak perempuan.
- pihak perempuan pon kena isi borang yang sama dan kepilkan surat kebenaran kahwin dari pihak lelaki dan dokumen sokongan yang lain.
- pastikan anda telah tempah tempat dan jurunikah untuk majlis kahwin anda.


Checklist Barang Hantaran
- senaraikan barang hantaran yang nak dibeli dan jangan beli sekali jalan. takut nanti pengsan pulak bila tgk bil. kalau boleh beli sikit-sikit especially bila ada sale.
- pastikan barang-barang penting macam cincin tunang, cincin kahwin, wang hantaran, wang mas kahwin disediakan.


Checklist Resepsi Perkahwinan
- pastikan andam pengantin dah ditempah. baju untuk nikah dan majlis resepsi biasanya boleh disewa dari mak andam. tak payah bazir duit untuk beli baru. nanti pakainya sekali je. pelamin pon biasanya boleh diambil dari mak andam je. bagusnya kalau amik dari satu tempat senang nak bincang. kalau amik lain2 tempat nanti takut akan ada masalah coordination. nanti ada yg dapat salah info, boleh rosak majlis. boleh bincang sekali untuk masukkan fresh flower kalau perlu.
- pastikan anda dah decide nak buat majlis resepsi perkahwinan di mana samada kat rumah, dewan, hotel atau pon taman. bila dah decide, pastikan anda dah book venue tersebut.
- book katerer kalau anda nak buat resepsi di rumah atau dewan yang tidak menyediakan katerer. kena bincang betul-betul menu dan harga pakej yang nak dipilih. pastikan set makanan beradap tak dilupakan. biasanya kalau katerer ni, boleh sediakan sekali khemah/kanopi dan decoration untuk khemah serta hiasan meja makan pengantin.
- hiasan bilik tidur pengantin
- book fotografer dan videografer untuk perkahwinan. kalau boleh amik yg dah experience sebab kalau silap amik and gambar tak cantik, takkan nak buat majlis lagi sekali kan….hehe. sekarang ni banyak fotografer dah sediakan custom made album. kalau boleh amik fotografer yg ada pakej tu lah sbb gambar nampak kemas dan cantik.
- kad jemputan / undangan kahwin beserta dengan pelan ke tempat majlis resepsi
- book kompang untuk resepsi kahwin. kalau xde kompang nanti nampak pelik pulak.
- book mc atau karaoke supaya majlis nanti tak boring.
- door gift untuk tetamu dan VIP
- bunga telur
- bunga manggar
- sediakan kos penginapan dan pengangkutan rombongan sekiranya perlu
- tempat penginapan untuk pihak yang bertandang sekiranya perlu
- kek kahwin
- sediakan papan tanda yang mencukupi untuk memberi panduan kepada tetamu untuk sampai ke tempat majlis resepsi.
- pastikan tempat honeymoon anda pon dah dibook serta flight kalau perlu. kalau tak nak pening kepala amik pakej dari travel agent. pergi rileks je tak payah nak fikir apa-apa. lagi pon tujuan honeymoon ni nak bercuti bersama pasangan tercinta kan.

Yang paling penting sekali pastikan anda sediakan budget untuk setiap checklist di atas. kalau tak buat budget, takut nanti kita akan terlebih belanja. pastikan berbelanja mengikut kemampuan anda dan jangan sampai berhutang. majlis resepsi tu cuma sehari je, yang penting kehidupan selepas majlis resepsi perkahwinan tu. banyak nak pakai duit tau kalau hidup kat bandar.

Sunday, June 26, 2011

hmmm

insyaAllah sept ni akan menamatkan zaman bujang ... hmm bersediakah aku ??

Monday, June 20, 2011

kehilangan

skang ni ... hidup aku kesorangan .. sedih sangat bila org yg kita sayang jauh dari diri kita...
dah la mak pergi utk selamanya... cinta hati pindah melaka... abah lak slalu out station...anak2 buah da x semesra dulu... hmmmm skang aku cuma ade aqil n danial jek... :(

Sunday, June 19, 2011

rajin

hari ni agak rajin .. so tadi wat puding karamel...hmmm kejap je da licin .. sabau je la.. huhu


ni la puding telur + caramel sy ..sangat gebu

tetamu sy .... langkah kanan ... hmm kebetulan dia pun suka mkn puding ni

Friday, June 17, 2011

terluka

ouh sedih nye !! hati terluka sangat ngan perbuatan dia.. da tertanggung nak simpan smua nye lg ... hidup aku skang ni asyik sedih jek.. sejak mak pergi ... aku x pernah sebahagia dulu... ade je yg menyakiti aku ... hidup aku sunyi sangat... hmmm aku da penat nk jaga hati org... tolong la faham aku .. kadang2 rasa hidup ni x adil... setiap hari ade je perkara yg buat aku menangis...knape xde sorang pun yg pedulikan perasaan aku ...sampai bila aku tanggung smua ni..? hmmmm agaknye smpai bila2 pun aku xkan bahagia.... :(

*adik rindu mak :(

Monday, June 13, 2011

Contest ....



nak vote..klik je pada gambar atau nama dia org ;)

Salam All...

2 org budak comel kat umah ni masuk contest LIKE kat FB anjuran Educational Toys Bumiputera....saje mencube nasib .. al maklumla.. pakej da ade..hehehe so nak mintak jasa baik kawan2 klik LIKE pada mereka berdua... tolong eh .. tolong eh.... klik je kat nama dia org.... DANIAL & AQIL

Friday, June 10, 2011

4 bulan .... kesepian

Da 4bulan arwah mak tinggal kan aku... hmmm org lain xkan faham perasaan aku ... org lain xkan dapat rasa ape yg aku rasa... setiap hari xpernah putus doa aku buat arwah mak... mmg org org nampak aku huha huha sana sini ... tapi tu smua utk menutup kesedihan hati ni ... utk buat org tak risaukan aku ...hati aku terlalu perit utk melepaskan smua ni ... hanya tuhan yg tau perasaan aku tika ini.... aku terlalu rindukan belaian seorang ibu ... kadang2 terasa mcm mak ade je disamping aku ....baju2 mak kat almari pun aku x kuarkan lagi ... hati ni berat sangat .... moga mak tenang disana.....

hmmm rindu nye kat cuya.. ntah ape la dia tngah wat skang ni ...
harap sangat dia sihat kat sana

Thursday, June 2, 2011

Alhamdulillah

yeay ! lappy saya da pulang .. hmm rindu bangat ..!ade dekat 2 tahun gak la lappy ni xley on.... huhu... hmm la ni on9 da x guna broadband da...wat pening jek nak bayau bulan2 hehe.. la ni fa guna wireless booster.. benda alah ni bley tarik signal wifi sehingga 3km... nasib la umah i depan mid valley.. so melambak2 la wifii dari mid valley tu ...sangat puas hati la guna wifii booster ni .. smua signal yg hidden kite ley dpt ,then yg berpassword pun kite ley crack... n lagi satu smua signal jadi full bar... xcaye eh?? meh tngok ni
percaya x? huhu... just beli wifii booster tu ...install then bley guna da... hmmm harga nye pun berbaloi2..hehehe...

besok (4 jun 2011) aema nak menikah... happy for her & bz for her... hahahha adui.. dia yg nak menikah .. aku lak yg kelam kabut.. mana x nye.. dia wat selamba jek .. huhu ... hmmm tugas aku kali ni mcm biasa la.. wat hantaran,jadi penasihat pengantin,bunga rampai,gift kanak2 n jaga mak andam masa hari lansung nanti.. ape je keperluan mak andam aku kena sediakan ... jgn mintak yg bukan2 sudah ..huhu... so far 80% da selesai tinggal yg remeh2 je la .... harap smua nya bjalan ngan lancar ....